Tuesday 26 April 2011

KHASIAT DAUN BIDARA

                  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Dan Lagi Maha Penyayang



Assalamualaikum, kepada suluruh Muslimin dan seluruh Muslimat,

Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak khasiat Daun Bidara yang yang diciptakan oleh Allah untuk digunakan untuk hambanya,Sebagai penulis dan juga perawat yang masih baru lagi,saya ingin berkongsi maklumat dan pendapat bersama-sama rakan serta pesakit yang memerlukannya, Insyallah mudah -mudahan,kita mendapat Rahmat dan Kasih Sayang Allah.


Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara itu bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah daripada Rasulullah sendiri.

Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahawa Asma’ binti Syakal Radhiyallahu ‘Anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang mandi haidh, maka beliau bersabda (maksudnya):

“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat Muslim)-LampiranWikipedia

Daun Bidara juga boleh digunakan untuk merawat penyakit sihir dan juga gangguan mahluk halus seperti Jin.
Setiap perawat mempunyai kaedah dan cara yang tersendiri didalam penggunaan Daun Bidara.Disini saya lampirkan salah satu kaedah,yang saya andaikan semua orang mampu melakukannya atas dasar berikhtiar,sembuh atau tidak hanya Allah yang maha mengetahui dan Maha Penyembuh.


Langkah2 Asas menggunakan Daun Bidara
1.Solat Taubat
   -Mohon pengampunan pada Allah

2.Solat Hajat
   -Mohon Hajat terutama untuk merawat pesakit yang berhajat

*Letakkan Daun Bidara serta air maneral(botol besar)  di hadapan serta mengadap Kiblat

3.Hadiahkan Fatihah kepada Nabi Muhammad S.W.T
4.Selawat 3x
5.Baca Fatihah 7x
6.Baca Ayatul Kursi 7x
7.Baca 3 kul,  3 atau 7x
8.Selawat 7 atau 11x
9.Berdoa serta hembuskankan pada Daun Bidara serta air maneral 
10.Letakkan Segenggam daun bidara didalam baldi yang telah disi dengan air paip beserta campuran  air doa,
     sebaik- baiknya gunakan air kolah masjid,insyallah penuh dengan keberkatan.
11.Sebelum hendak mandi, terlebih dahulu hadiahkan al-fatihah atau selawat pada Nabi Muhammad beserta
     niat yang dihajatkan
12.Untuk jirusan pertama,sila jirus di Kanan kita,selepas itu di kiri kita dan yang terakhir, bermula pada atas
     kepala  hingga kebawah tubuh badan kita,biarkan ia kering dengan sendirinya
13.air maneral tadi yang telah didoakan boleh di buat minum dan campurkan beberapa helai daun bidara

SELAMAT MENCUBA

                        "KAMI HANYA BERIKTIAR, ALLAH JUA YANG MENYEMBUHKAN"